Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
BE SURE TO FORWARD AND INFORM THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !
Janganlah takbir Raya di sambut dengan tangisan kelak!!!
At the end of it, I am not sure if the recepient of the letter got the message..... hehehhehe.
Ramadhan Kareem.
"Isu sokongan pura-pura tantangan besar BN menghadapi PRU-13
Kini sokongan pura-pura itu masih berterusan.
AYT tidak menduduh golongan muda kah, golongan pasca meredeka kah atau golongan veteran. Yang jelas sokongan pura-pura itu masih berterusan.
Suasana politik tanah air kini selain gejala kepura-puraan malah isu-isu yang sepatutnya telah dinoktahkan lama dahulu, malah dibangkit semula.
Isu hak melayu/bumiputera misalnya dijadikan isu sebagai punca kemunduran kepada perekonomian negara. Kononnya pembelaan kepada melayu/bumiputera akan merundungkan perekonomian negara, malah menjadi punca negara tidak dapat bersaing diperigkat antarabangsa.
AYT teringat Tulisan saudara A Kadir Jasin melalui blognya bertajuk “wajarkah korbankan DEB kerana undi minoriti?” pertanyaan ini adalah layak bagi mantan wartawan kawakan ini, kerana usia DEB Cuma 30 tahun, sedangkan pengelibatan beliau dalam dunia kewartawanan telah melangkau 40 tahun. Sudah tentunya pengkesahan mengenai kewujudan DEB seawal pelaksanaaan nya, beliau telah ikuti, mungkin juga pernah menulis mengenainya.
Menurut penulis itu lagi, jika data gross national product (GDP) yang menjadi ukuran, maka sejak DEB dilaksanakan pada tahun 1970, GDP telah meningkat daripada 12 billion ringgit kepda 358 bilion ringgit pada tahun 2007, hanya untuk 27 tahun, dengan kata lain, GDP melonjak 2,875% atau purata 106% setahun. Dengan GDP sebesar 358 bilion riggit, menjadikan ekonomi Malaysia ke- 29 terbesar di dunia.
Dengan menggunakan mata kasar, maka selama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), produktiviti negara terus mengalami perkembangan, seiring dengan perkembangan dunia, malah perkembangan ini jauh lebih laju di banding negera-negara yang lebih awal mencapai kemerdekaan.
Di mana kah silapnya, sehinggakan dasar ini terpaksa dikorbankan? Sesuatu dasar yang dianggap berjaya akan tetapi dikatakan sebagai punca pemusnah? Adakah tidak terlalu gopoh gapah menarik dasar ini? Sehinggakan pemimpin kita melepaskan geramnya kepada ilham Tun Razak ini.
Atau memang betul seperti pertanyaan saudara A Kadir Jasin, bahawa mengorbankan dasar ini semata-mata untuk menarik undi minoriti?
Saya hendak mulakan dengan bertanya: Selama 30 tahun Dasar Ekonomi Baru berkuat kuasa, adakah ia menyekat perkembangan ekonomi negara?
Jawabnya tidak. Malah kerana pelaksanaan matlamat-matlamat dan program-program DEBlah, ekonomi Malaysia berkembang pesat.
Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) meningkat daripada RM12 bilion pada tahun 1970 kepada RM120 bilion 1995 dan RM357.9 bilion 2007, menjadikan ekonomi Malaysia ke-29 terbesar di dunia.
Adakah ia menyekat kemajuan kaum-kaum bukan Bumiputera dan membantutkan kemasukan modal asing seperti yang didakwa oleh begitu banyak pihak sehingga membuatkan sesetengah pembesar Umno berasa bersalah dan defensif?
Pun tidak. Kadar kemiskinan dikurangkan dan pendapatan semua kaum meningkat. Tetapi pendapatan kaum-kaum bukan Bumiputera, khasnya Cina meningkat dengan lebih pantas kerana mereka menguasai dunia perdagangan dan profesionalisme.
Jurang Miskin-Kaya Meluas
Malah jurang pendapatan antara yang miskin dan kaya menjadi luas semula sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila kemunculan kegiatan baru ekonomi seperti perkhidmatan (services) dan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) lebih menguntungkan sesetengah kaum dan golongan pekerja.
Laporan Rancangan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHDP) tahun 2004 mendapati 10 peratus rakyat Malaysia yang paling kaya menguasai 38.4 peratus daripada pendapatan ekonomi berbanding 10 peratus paling miskin menguasai hanya 1.7 peratus.
Kita semua tahu siapa dan kaum mana paling kaya di Malaysia dan siapa pula yang paling miskin di negara kita ini. Malah jurang antara yang kaya dengan yang miskin dalam kaum yang sama turut meningkat.
Bumiputera tidak mencapai matlamat 30 peratus pemilikan kekayaan korporat. Mengikut perangkaan rasmi, pada tahun 2006, pemilikan Bumiputera pada nilai pasaran dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dianggarkan RM88.4 bilion atau 15.1 peratus.
Tetapi bukan Bumiputera yang berupa 34 peratus daripada warganegara memiliki RM251.1 bilion (42.8 peratus) manakala pemodal asing memiliki RM234.7 bilion (40 peratus).
Majoriti aset Bumiputera dipegang oleh institusi amanah dan beberapa kerat ahli perniagaan Melayu yang berjaya.
Lebih Buruk Tanpa DEB
Hatta pada nisbah yang rendah dan berat sebelah ini pun, kita boleh berkata DEB telah berhasil mengurangkan kemiskinan dan ketidakseimbangan kaum.
Misalnya, apabila DEB dilancarkan pada tahun 1971, pemilikan korporat Bumiputera dianggarkan hanya dua peratus.
Jadi apalah salahnya kita meneruskan pelaksanaan sesetengah matlamat dan kaedah DEB yang baik dan berkesan itu?
Mengapakah sesetengah orang Melayu dan parti-parti politik Melayu begitu takut untuk mempertahankan sesuatu yang terbukti baik dan menguntungkan semua kaum?
Kalau ada perkara yang hendak ditentang dan dikritik dalam dasar itu adalah kegagalan mencapai sepenuhnya matlamat membasmi kemiskinan dan 30 peratus pemilikan Bumiputera.
Dalam apa bentuk sekalipun, matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambah ekuiti Bumiputera wajib diteruskan.
Tetapi dasar-dasar berkaitan pemilikan ekuiti bukan Bumiputera boleh diliberalisasikan kerana mereka bukan sahaja sudah mencapai matlamat itu malah atas dasar meritokrasi sudah boleh bersaing dengan orang asing.
Inilah masanya bagi badan-badan amanah dan tabung-tabung pelaburan rasmi, termasuk Ekuiti Nasional Berhad yang baru ditubuhkan, menambah modal dalam syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan asing yang berdaya maju kerana harga saham di Bursa Saham berada pada paras yang menarik.
DEB Punca Bukan Melayu Tolak BN?
Apakah pengundi bukan Melayu menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lalu kerana DEB?
Kalau begitu, kenapa mereka sokong BN sebelum ini, khasnya pada tahun 2004?
DEB hanyalah alasan! Mereka menolak Umno dan BN kerana imej BN yang tidak baik dan kerana mungkir janji. Banyak janji dan ikrar era Abdullah Ahmad Badawi seperti keterbukaan, kebebasan dan liberalisasi tidak dilaksanakan seperti difahami oleh pengundi.
Selain merakamkan protes, pengundi bukan Melayu tahu bahawa dengan menghukum BN mereka boleh membuat tuntutan baru.
Dilema Umno dan BN adalah memastikan agar tolak-ansur dengan bukan Melayu ini tidak akan menambahkan kemarahan orang Melayu dan memastikan orang bukan Melayu mengundi BN.
Yang dikhuatiri adalah apa yang disebut oleh ungkapan Inggeris iaitu pengundi bukan Melayu mungkin “have the cake and eat it at the same time.” Dalam erti kata yang lain, mereka terima apa yang diberi, tetapi tetap tidak mengundi BN.
Ada Bumiputera Tak Sedar Untung Nasib
Bumiputera yang menolak DEB atau berasa bersalah mendapat bantuan DEB sebenarnya tidak kenang budi dan tidak sedar diri.
Apatah lagi kalau mereka membuta tuli bercakap mengenai meritokrasi dan liberalisasi yang mereka sendiri tidak faham implikasinya.
Kalau tidak kerana sekolah asrama penuh, MRSM, biasiswa dan pinjaman pelajaran, adakah mampu bilangan profesional Bumiputera dinaikkan ke tahap sekarang?
Pada tahun 1970, ada hanya 6.8 peratus akauntan adalah Bumiputera, 4.3 peratus arkitek, 3.7 peratus doktor dan 7.3 peratus jurutera. Yang agak banyak adalah doktor haiwan (40 peratus) sebab pada waktu itu Melayu pelihara haiwan. Tetapi pada tahun lalu, 24.5 peratus akauntan adalah Bumiputera, arkitek 38.2 peratus, doktor 52.9 peratus dan jurutera 52.4 peratus.
Apakah Melayu dan Bumiputera profesional ini boleh berada di mana mereka sekarang jika bergantung nasib semata-mata kepada pembiayaan ibu bapa mereka yang mengerjakan bendang, dusun dan huma untuk mendapat pelajaran tinggi?
Sekalipun mereka sudah berdikari dan tidak perlu tongkat lagi, tetapi ingatlah banyak lagi orang Melayu, Iban, Kadazan dan Orang Asli yang miskin dan melarat.
Dan bagi setiap rumah besar yang doktor atau jurutera Melayu miliki, orang Cina miliki lebih banyak dan lebih besar.
Jangan berbangga sangat dengan aset-aset Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hari ini semakin banyak kawasan bandar seperti Seri Kembangan, Petaling Street dan Bukit Bintang, hampir-hampir tidak ada penyertaan Bumiputera malah India pun hampir-hampir tidak ada.
Jadi, apakah yang buruk sangat dengan DEB sehingga begitu ramai orang, termasuk orang Melayu, berasa ia merugikan dan wajib dihapuskan?
Sekadar ingin berkongsi hasil nukilan saudara ku yang berkecimpung di alam seni puisi.....
masih di dini hari
hujan masih tidak mahu berhenti
mendesir membasahi bumi yang barangkali kehausan
mengharap kasih dari tuhan
bersama iringan hujan
tubuh ku diserang kedinginan
namun mataku tidak mahu memejam
kotak fikiran ku keasyikan mengumam
atas segala pertanyaan demi pertanyaan
yang menyusur mencari jawapan
apakah telah terlunas segala kerja ku selama ini
apakah telah beres segala urusanku
apa telah aku sempurnakan segala kewajipan ku
namun di dada malam yang dingin ini
apakah aku dapat mengertikan
apakah aku mampu untuk ditanggungjawabkan
atas segala rona ujian yang dipersembahkan
hingga terlihat aku dipersalahkan
hingga tidak satu diperkenan
dikalangan sebilangan insan
Laziness | FundooMails.com
Click on the above and gauge yourself the level of laziness that exists in our society ......