RSS Feed
TOP

Petikan Puisi "Keraguan"

Sekadar ingin berkongsi hasil nukilan saudara ku yang berkecimpung di alam seni puisi.....

masih di dini hari
hujan masih tidak mahu berhenti
mendesir membasahi bumi yang barangkali kehausan
mengharap kasih dari tuhan

bersama iringan hujan
tubuh ku diserang kedinginan
namun mataku tidak mahu memejam
kotak fikiran ku keasyikan mengumam
atas segala pertanyaan demi pertanyaan
yang menyusur mencari jawapan
apakah telah terlunas segala kerja ku selama ini
apakah telah beres segala urusanku
apa telah aku sempurnakan segala kewajipan ku

namun di dada malam yang dingin ini
apakah aku dapat mengertikan
apakah aku mampu untuk ditanggungjawabkan
atas segala rona ujian yang dipersembahkan
hingga terlihat aku dipersalahkan
hingga tidak satu diperkenan
dikalangan sebilangan insan



aku masih kedinginan
namun hati mengiringi tangisan
dengan tiada siapa yang kedengaran
atas apa jua alasan
aku masih mencari jawapan

melalui sepotong ucapan
berbicara bahasa Tuhan
dari kalimah sufi yang diagongkan

dan telah Tuhan memulakan perbicaraan
dengan pertanyaan:
mengapa fikiranmu masih mengumam
mengapa dukacitamu masih digenggam

Ya rabbul izzati
apabila aku mendatangi Mu dengan diriku
aku kecundang
fikiranku tidak bisa menjurus
jiwaku tidak bisa aman
keraguan masih tergenggam

Perjalanan ini membuatku mengerti
mengenali Mu bukanlah dengan diriku
pengenalan Mu adalah dengan Diri Mu

Cahaya Mu yang menyatukan segala fikiran
cahaya Mu yang membakar segala kerisauan

Lalu ku tenangkan hatiku seraya bermohon
wahai Tuhanku, ar-Rahman!
penuhilah hatiku dengan cahaya Mu
tanpa cahaya Mu mana mungkin daku melihat Mu
bantulah aku melepasi ingatan insan
agar aku dan mereka dalam aman
tanpa menitik walau sebutir keraguan
hanya apa yang diharap
hanya ihsan dari Mu tuhan

dan
kembalikan aku aku dengan tugas telah disempurnakan

wak karjo
bangi, 30/7/2010, 03:30



0 comments: